29 September 2011

PERUBAHAN TARIKH MINGGU KESENIAN ISLAM

Assalamualaikum wbt...
untuk makluman semua, kami telah menundahkan tarikh "Minggu Kesenian Islam" pada ketetapan berikut :

04 oktober 2011-15 oktober 2011

Atas sebab-sebab yang tidak dapat kami elakkan, semoga perubahan tarikh ini memberi peluang buat rakan-rakan untuk membuat persediaan bagi persembahan yang lebih baik dalam pertandingan yang disertai...

SEMOGA BERJAYA BUAT SEMUA
Berikut tentatif yang baru:

Tarikh
Tempat
Aktiviti
04 okt 2011
( selasa )
Atrium SIDMA College
Majlis Perasmian Pembukaan Program Kesenian Islam
05 okt 2011
( Rabu )
Atrium SIDMA College
Solat Cara Rasulullah S.A.W
06 okt 2011
( Khamis )
Atrium SIDMA College
Pertandingan Syarahan
07 okt 2011
( Jumaat )
Atrium SIDMA College
Sehari Bersama PERMAI
08 okt 2011
( Sabtu )
Atrium SIDMA College
Malam Penghayatan
10 okt 2011
( Isnin )
Atrium SIDMA College
Deklamasi Puisi
11 okt 2011
( Selasa )
Atrium SIDMA College
Pertandingan Bacaan Khutbah
12 okt 2011
( Rabu )
Atrium SIDMA College
Nasyid UNIRAZAK
13 okt 2011
( Khamis )
Atrium SIDMA College
Musabaqah Tilawatil Quran &
Majlis Khatam Al-Quran
14 okt 2011
( Jumaat )
Atrium SIDMA College
Persiapan
15 okt 2011
( Sabtu )
Atrium SIDMA College
Majlis Penutupan Minggu Kesenian Islam &
 Majlis Makan Malam Bersama PERMAI


Aktiviti sepanjang minggu kesenian Islam

Majlis Penutupan & makan malam bersama kami
 

Untuk Pendaftaran boleh datang terus ke kaunter PERMAI yang di buka di Atrium SIDMA College @ menghubungi lajnah-lajnah yang tertera di atas.

"ISLAM ITU INDAH"
SALAM UKHWAH BUAT PENGUNJUNG SEMUA ^_^

21 September 2011

MINGGU KESENIAN ISLAM...

Assalamualaikum wbt...


selamat kembali ke semester baru buat mahasiswa/siswi UNIRAZAK sabah...
TAHNIAH dari kami buat rakan-rakan yang mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang &
semoga semester kali ini membawa wajah baru buat semua dengan ilmu yang bermanfaat dan kejayaan yang di berkati NYA...


Untuk makluman semua bagi memulakan semester baru  kali ini kami bakal menganjurkan program " MINGGU KESENIAN ISLAM " program yang menggantikan program tahunan yang saban tahun kami adakan iaitu " PROGRAM IHYA RAMADHAN " berikutan waktu yang singkat pada bulan Ramadhan yang lepas buat kita warga UNIRAZAK. 






Berikut tentatif  umum Program untuk " MINGGU KESENIAN ISLAM " 1-13 oktober 2011




Tarikh
Tempat
Aktiviti
30 okt 2011
Atrium SIDMA College
Majlis Perasmian Pembukaan Program Kesenian Islam
01 okt 2011
Atrium SIDMA College
Kem Solat
03 okt 2011
Atrium SIDMA College
Musabaqah Tilawatil Quran
04 okt 2011
Atrium SIDMA College
Pertandingan Pidato
05 okt 2011
Atrium SIDMA College
TBD
06 0kt 2011
Atrium SIDMA College
Pentandingan Bacaan Khutbah
07 okt 2011
Atrium SIDMA College
Deklamasi Puisi
08 okt 2011
Atrium SIDMA College
Malam Penghayatan Islam
09 okt 2011
Atrium SIDMA College
Tadarus Al-Quran
10 okt 2011
Atrium SIDMA College
Nasyid Unirazak
11 okt 2011
Atrium SIDMA College
Majlis Khatam Al-Quran
12 okt 2011
Atrium SIDMA College
Persiapan
13 okt 2011
Atrium SIDMA College
Majlis Perasmian Penutupan Program Kesenian Islam &
 Majlis Makan Malam Bersama PERMAI


* Perubahan tarikh aktiviti akan dimaklumkan


                                              
 

kami dengan suka citanya dan berbesar hati menjemput dan mempelawa Mahasiswa/siswi UNIRAZAK / SIDMA COLLEGE wilayah Sabah unyuk menyertai program ini. semoga kita semua dapat bersama-sama mengimarahkan dan menjayakan program ini.


sebarang maklumat dan pertanyaan boleh la berhubung dengan :


Pengarah Program : Nasarullah Bin Salahuddin ( 0145560089 ) @  nasarullah facebook , Syahar bin Nasrun ( 0148688595 ) @ syahar facebook , mahani Ayunok ( 0178968578 )mahani facebook  dan lajnah PERMAI yang lain @ lawati laman facebook kami PERMAI UNIRAZAK SABAH juga laman blog kami http://permaiunirazaksabah.blogspot.com/.


BERAKHLAK, BERILMU & BERAMAL

04 August 2011

Majlis Berbuka Puasa

Dengan suka citanya sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, kami menjemput warga UNIRAZAK & SIDMA College ( Sabah ) untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama CEO SIDMA College 
Prof. Dr. Mornie Hj. Kambrie 

 Prof. Dr. Mornie Hj. Kambrie
( CEO SIDMA College )


Pada ketetapan berikut :

Tarikh : 05 Ramadhan 1432/ 05 Ogos 2011 ( Jumaat )
Tempat : Atrium SIDMA College

* Majlis di ikuti solat Maghrib, Isyak dan Tarawih Berjemaah


Semoga Kehadiran semua mengimarahkan lagi majlis ini dan merapatkan ukhwa antara kita semua warga muslimin muslimat UNIRAZAK & SIDMA College ( Sabah ). 

Jazakumullah hu khairan Kasiroh

Firman Allah s.w.t. bermaksud:
Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.” 
( Al-Baqarah, ayat 168 )

31 July 2011

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA

"Jika datang (bulan) Ramadhan, maka akan terbuka pintu syurga, tertutup pintu neraka dan syaitan-syaitan akan dibelenggu/dirantai"
 
(Hadis riwayat Muslim)


29 July 2011

PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK SECARA PERCUMA

 Dari Ibnu Mas’ud, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda :
“ Hendaklah seseorang diantara kamu memelihara dirinya dari api neraka, walaupun dengan memberikan sedekah sebiji kurma .”

( HR Ahmad dengan sanad sahih )
Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, buat julung-julung kali nya kami Persatuan Mahasiswa/siswi Islam UNIRAZAK sabah akan mengagihkan bubur lambuk di masjid-masjid berdekatan sekitar Kota Kinabalu. Berikut adalah jadual pengagihan :
TARIKH
MASA
TEMPAT
01  OGOS / 01 RAMADHAN
Selepas Waktu Asar
SIDMA COLLEGE ( UNIRAZAK SABAH )
03 OGOS / 03 RAMADHAN
Selepas waktu Asar
MASJID BANDARAYA KOTA KINABALU
05 OGOS / 05 RAMADHAN
Selepas Waktu Asar
MASJID PASIR PUTIH ( PUTATAN )
07 OGOS / 07 RAMADHAN
Selepas Waktu Asar
MASJID NEGERI KOTA KINABAL
         
          "PELAJAR-PELAJAR DAN ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR"
 * Kepada pelajar-pelajar UNIRAZAK yang ingin menyertai pengagihan ( membantu ) boleh menghubungi Pengarah program saudara Ady Mohd Ferdaus Bin Abdullah ( 019-6070237 ). Penyertaan adalah terhad, harap maklum.
“Dari Abu Musa ra. Dari Nabi Muhammad SAW beliau bersabda :

“Penyimpan yang muslim yang terpercaya adalah orang yang melaksanakan.” Barangkali beliau bersabda : “Ia memberikan sesuatu yang diperintahkannya dengan sempurna serta jiwanya baik lalu ia memberikannya kepada sesuatu yang diperintahkan oleh salah seorang dari dua orang yang memberi sedekah.”

(HR: Bukhari)
Gambar hiasan


SOLAT TARAWIH

“Barangsiapa menegakkan Ramadhan dalam keadaan beriman dan mengharap balasan dari Allah k, niscaya diampuni dosa yang telah lalu.” (Muttafaqun ‘alaih)


Assalamualaikum wbt... kepada semua warga UNIRAZAK & SIDMA College ( Sabah ) sempena bulan ramadhan ini, solat tarawih akan diadakan di bawah kelolaan Persatuan Mahasiswa/siswi Islam UNIRAZAK Sabah pada ketetapan berikut :


BERMULA PADA : 31 JULAI 2011/  30 shaaban 1432*
TEMPAT : SURAU SIDMA COLLEGE


* tertakluk pada perubahan kalendar Islam


Bersama-sama kita mengimarahkan bulan yang mulia ini.


                                  *sekadar hiasan


daripada Aisyah R.Anha :



“Sesungguhnya Rasulullah pada suatu malam shalat di masjid lalu para shahabat mengikuti shalat beliau, kemudian pada malam berikutnya (malam kedua) beliau shalat maka manusia semakin banyak (yang mengikuti shalat Nabi n), kemudian mereka berkumpul pada malam ketiga atau malam keempat. Maka Rasulullah tidak keluar pada mereka, lalu ketika pagi harinya beliau n bersabda: ‘Sungguh aku telah melihat apa yang telah kalian lakukan, dan tidaklah ada yang mencegahku keluar kepada kalian kecuali sesungguhnya aku khawatir akan diwajibkan pada kalian,’ dan (peristiwa) itu terjadi di bulan Ramadhan.” (Muttafaqun ‘alaih)


26 July 2011

TIADA ALASAN DALAM SOLAT...

Bersolat la kamu sebelum kamu di solat kan...


Firman ALLAH SWT :
"Sesungguhnya, solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan dan menjaga kesempurnaannya, maka dia membangunkan agamanya, tetapi sesiapa yang meninggalkannya, maka dia meruntuhkan agamanya."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). 




Daripada Abu Hurairah, katanya bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: 

"Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah sembahyangnya, jika sembahyangnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia" 






Abi Muslim At-Tighlibi meriwayatkan: "Sekali aku menemui Abu Umamah tatkala beliau berada dalam masjid.

“Aku bertanya sekiranya beliau benar-benar mendengar Rasulullah SAW bersabda bahawa apabila seseorang mengambil wuduk dengan sempurna lalu menunaikan solat fardu, ALLAH SWT mengampunkan segala dosanya yang telah dilakukan pada hari itu oleh kakinya yang bergerak ke arah melakukan maksiat, oleh tangannya yang berbuat maksiat, oleh telinganya yang mendengar berita maksiat, oleh matanya yang melihat maksiat dan oleh hatinya yang terdetik ke arah maksiat.

Jawabnya: “Demi ALLAH, aku mendengar perkataan itu daripada Rasulullah SAW berkali-kali."





Abu Hurairah menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bertanya kepada sahabatnya: 

"Adakah kamu percaya bahawa kotoran melekat pada tubuh seorang yang mandi lima kali sehari dalam sungai yang mengalir di depan rumahnya?"

Jawab sahabat: "Tidak, kotoran tidak akan melekat pada tubuhnya."

Sabda Rasulullah SAW: "Begitulah umpamanya kesan solat yang dikerjakan lima kali sehari. Dengan limpah rahmat ALLAH, ia menghapuskan segala dosa."

Jabir menceritakan bahawa RasulullahSAW bersabda: "Lima kali solat setiap hari itu adalah seumpama sebuah anak sungai yang dalam mengalir di depan pintu rumah seseorang yang mandi dalamnya lima kali sehari."

Pada umumnya, air yang mengalir adalah bersih dan tidak kotor. Lebih-lebih lagi jika air di dalam sungai pasti lah airnya mengalir dan ia akan lebih jernih dan bersih.

Mandi di dalam air sebersih itu pasti akan menghilangkan segala kekotoran yang ada pada tubuh. Ia membersihkan segala kekotoran itu.

Solat yang dikerjakan dengan memelihara segala rukunnya samalah dengan air sungai iaitu ia akan membersihkan jiwa daripada segala dosa.





Rasulullah s.a.w bersabda:
 
"Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah sunat"

( H.R.Attabrani )

Rasulullah s.a.w bersabda:
 
"Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu" 

( H.R.Attabrani )





Rasulullah s.a.w bersabda:
 
"Malaikat akan berdoa untuk kamu selama kamu masih berada didalam masjid dan melakukan solat dan selama kamu tidak berhadas. Berkata Malaikat "Ya ALLAH ampunilah dia dan turunkanlah Rahmat-MU kepadanya"

( H.R.Bukhari )








Abu Zar r.a. meriwayatkan bahawa ada sekali Rasulullah SAW:

keluar dari rumahnya. pada masa itu ialah musim daun-daun gugur. Baginda SAW mengambil ranting sebatang pohon yang daun-daunya mulai gugur dengan lebatnya seraya bersabda 
:“Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH, dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohonya ini”.
( Riwayat Ahmad dengan sanad yang hasan )
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,:
”Seseorang yang melengah-lengahkan solatnya (walaupun dia menqadanya kelak) akan diazab dalam neraka selama satu huqub”.
Satu huqub adalah sama dengan lapan puluh tahun yang terdiri daripada 360 hari setahun dan satu hari di akhirat adalah sama dengan seribu tahun di dunia ini.


Penenang Hati


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com