13 April 2011

Hati itu ALLAH yang pegang...



''Kadang-kadang kalau nak fahamkan keluarga kita pasal Islam lebih susah dari nak fahamkan kawan-kawan kita.''

''Ana pun pernah macam nak give up bila terangkan kat dorang. Tak boleh tahan dah.''

''Jangan cakap macam tu, bukankah hidayah itu ALLAH yang beri? Hati manusia ALLAH yang pegang, bukan manusia. Kita manusia hanya menjadi penyebab kepada manusia lain untuk diberi hidayah oleh ALLAH.''


Mungkin ada di antara kalangan kita yang berasal dari keluarga yang biasa-biasa. Walhal diri kita sangat aktif dalam dakwah dan kalau boleh nak ajak keluarga kita sekali mengikuti jejak langkah kita. Bagi ana, tak salah kalau kita cuba memberi kefahaman kepada mereka dalam konteks dakwah ini. Cuma janganlah sesekali memandang rendah terhadap mereka atas alasan mereka tak faham pasal Islam semata-mata! Mereka masih lagi keluarga kita dan tanggungjawab kita untuk membawa mereka bersama kita.


Bagi pengalaman ana sendiri, dalam kehidupan yang baru sahaja 'tersedar' dari dunia khayalan, Alhamdulillah ALLAH masih sayangkan ana. Ana mula memahami dan membuka minda ana tentang hikmah-hikmah segala perintah ALLAH kepada hambaNYA. Kepentingan menutup aurat, melabuhkan tudung, menjaga pandangan, menjaga batas-batas pergaulan dengan berlainan jantina dan yang paling utama menjaga hati.


Pernah dulu, ketika ana suarakan keinginan ana nak memakai tudung 'dakwah', orang pertama yang menghalang ana ialah ibu ana sendiri. Yelah, bila ibu kita sendiri yang tak benarkan, mana tak sedih kan? Tapi mungkin ada sebab-sebab yang tertentu. Setiap ibu juga ada ego masing-masing. Tapi ibu ana tetap ibu ana! Dialah yang melahirkan ana, mengandungkan ana 9 bulan, dan menjaga ana sampai ana dah berusia 20 tahun sekarang! Jadi analah yang bertanggungjwab menjelaskan kepada ibu tentang keinginan ana tu. Lama-lama ibu ana terima dan dia pun sedikit demi sedikit dah ikut ana ^_^. Alhamdulillah. semuanya berkat kesabaran..


Pernah juga dulu ana beritahu dia nak pakai niqab. Lagilah ibu ana tak bagi. Yelah bukan apa katanya, cuma janganlah ekstrem sangat. Tapi ana cuba fahamkan dia, tindakan ini bukan ekstrem tetapi ana cuma rasa zaman sekarang ni lah wanita kena ekstrem menjaga diri! kerana jenayah sekarang ni sudah semakin EKSTREM! betul tak apa yang ana cakap ni? Kalau kita tengok zaman sekarang ni, wanita yang pakai tudung pun dirogol dan dicabul. mengapa? kerana meremehkan tuntutan aurat. Yelah, memang antunna semua dah pakai tudung, tetapi adakah tudung antunna tu menepati syarak? Muhasabah balik ye.. (kepada diri ana juga)


Tetapi ayah ana sangat mendokong ana dalam hal ini. Ayah kata, benda baik buat apa nak halang. Ana tetap dengan pendirian ana. Hingga pada suatu hari, naqibah ana ada jelaskan kat ana, hati ibu kena jaga dulu daripada sibuk nak wat amalan sunat kerana taat kepada ibu bapa tu kan wajib. Barulah ana tersedar. Ibu lebih diutamakan dari ayah. betul kan? Dan ibu juga lebih utama dari amalan sunnah kerana mentaati ibu bapa adalah perkara wajib manakala amalan sunnah itu semestinya sunat diikuti. Sedangkan jika kita sedang solat sunat, dan pada waktu yang sama ibu kita memanggil kita, kita kena berhenti solat dan pergi kepada ibu kita. :)


Jadi, kalau dakwah kita tu kadang-kadang terasa sukar lebih-lebih lagi keluarga kita sendiri, bersabarlah. Jangan memandang rendah kepada mereka. Anggap saja itu ujian dari ALLAH untuk menguji betapa kuat dan tegarnya kita dalam jalan ini. Hati mereka milik ALLAH. banyak kali ana sebutkan kat diri ana. HATI MEREKA MILIK ALLAH. AKU HANYA MEMBERI KEFAHAMAN. yang penting kita berusaha memberi kefahaman daripada tak berusaha langsung kan? Apa-apa teruskanlah. Jangan futur ye.. ^_^ insyaALLAH!


p/s: Jangan putus asa! ALLAH ada bersama kamu! :) senyum lah..

No comments:

Post a Comment

Penenang Hati


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com