31 July 2011

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA

"Jika datang (bulan) Ramadhan, maka akan terbuka pintu syurga, tertutup pintu neraka dan syaitan-syaitan akan dibelenggu/dirantai"
 
(Hadis riwayat Muslim)


29 July 2011

PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK SECARA PERCUMA

 Dari Ibnu Mas’ud, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda :
“ Hendaklah seseorang diantara kamu memelihara dirinya dari api neraka, walaupun dengan memberikan sedekah sebiji kurma .”

( HR Ahmad dengan sanad sahih )
Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, buat julung-julung kali nya kami Persatuan Mahasiswa/siswi Islam UNIRAZAK sabah akan mengagihkan bubur lambuk di masjid-masjid berdekatan sekitar Kota Kinabalu. Berikut adalah jadual pengagihan :
TARIKH
MASA
TEMPAT
01  OGOS / 01 RAMADHAN
Selepas Waktu Asar
SIDMA COLLEGE ( UNIRAZAK SABAH )
03 OGOS / 03 RAMADHAN
Selepas waktu Asar
MASJID BANDARAYA KOTA KINABALU
05 OGOS / 05 RAMADHAN
Selepas Waktu Asar
MASJID PASIR PUTIH ( PUTATAN )
07 OGOS / 07 RAMADHAN
Selepas Waktu Asar
MASJID NEGERI KOTA KINABAL
         
          "PELAJAR-PELAJAR DAN ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR"
 * Kepada pelajar-pelajar UNIRAZAK yang ingin menyertai pengagihan ( membantu ) boleh menghubungi Pengarah program saudara Ady Mohd Ferdaus Bin Abdullah ( 019-6070237 ). Penyertaan adalah terhad, harap maklum.
“Dari Abu Musa ra. Dari Nabi Muhammad SAW beliau bersabda :

“Penyimpan yang muslim yang terpercaya adalah orang yang melaksanakan.” Barangkali beliau bersabda : “Ia memberikan sesuatu yang diperintahkannya dengan sempurna serta jiwanya baik lalu ia memberikannya kepada sesuatu yang diperintahkan oleh salah seorang dari dua orang yang memberi sedekah.”

(HR: Bukhari)
Gambar hiasan


SOLAT TARAWIH

“Barangsiapa menegakkan Ramadhan dalam keadaan beriman dan mengharap balasan dari Allah k, niscaya diampuni dosa yang telah lalu.” (Muttafaqun ‘alaih)


Assalamualaikum wbt... kepada semua warga UNIRAZAK & SIDMA College ( Sabah ) sempena bulan ramadhan ini, solat tarawih akan diadakan di bawah kelolaan Persatuan Mahasiswa/siswi Islam UNIRAZAK Sabah pada ketetapan berikut :


BERMULA PADA : 31 JULAI 2011/  30 shaaban 1432*
TEMPAT : SURAU SIDMA COLLEGE


* tertakluk pada perubahan kalendar Islam


Bersama-sama kita mengimarahkan bulan yang mulia ini.


                                  *sekadar hiasan


daripada Aisyah R.Anha :



“Sesungguhnya Rasulullah pada suatu malam shalat di masjid lalu para shahabat mengikuti shalat beliau, kemudian pada malam berikutnya (malam kedua) beliau shalat maka manusia semakin banyak (yang mengikuti shalat Nabi n), kemudian mereka berkumpul pada malam ketiga atau malam keempat. Maka Rasulullah tidak keluar pada mereka, lalu ketika pagi harinya beliau n bersabda: ‘Sungguh aku telah melihat apa yang telah kalian lakukan, dan tidaklah ada yang mencegahku keluar kepada kalian kecuali sesungguhnya aku khawatir akan diwajibkan pada kalian,’ dan (peristiwa) itu terjadi di bulan Ramadhan.” (Muttafaqun ‘alaih)


26 July 2011

TIADA ALASAN DALAM SOLAT...

Bersolat la kamu sebelum kamu di solat kan...


Firman ALLAH SWT :
"Sesungguhnya, solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan dan menjaga kesempurnaannya, maka dia membangunkan agamanya, tetapi sesiapa yang meninggalkannya, maka dia meruntuhkan agamanya."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). 




Daripada Abu Hurairah, katanya bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: 

"Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah sembahyangnya, jika sembahyangnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia" 






Abi Muslim At-Tighlibi meriwayatkan: "Sekali aku menemui Abu Umamah tatkala beliau berada dalam masjid.

“Aku bertanya sekiranya beliau benar-benar mendengar Rasulullah SAW bersabda bahawa apabila seseorang mengambil wuduk dengan sempurna lalu menunaikan solat fardu, ALLAH SWT mengampunkan segala dosanya yang telah dilakukan pada hari itu oleh kakinya yang bergerak ke arah melakukan maksiat, oleh tangannya yang berbuat maksiat, oleh telinganya yang mendengar berita maksiat, oleh matanya yang melihat maksiat dan oleh hatinya yang terdetik ke arah maksiat.

Jawabnya: “Demi ALLAH, aku mendengar perkataan itu daripada Rasulullah SAW berkali-kali."





Abu Hurairah menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bertanya kepada sahabatnya: 

"Adakah kamu percaya bahawa kotoran melekat pada tubuh seorang yang mandi lima kali sehari dalam sungai yang mengalir di depan rumahnya?"

Jawab sahabat: "Tidak, kotoran tidak akan melekat pada tubuhnya."

Sabda Rasulullah SAW: "Begitulah umpamanya kesan solat yang dikerjakan lima kali sehari. Dengan limpah rahmat ALLAH, ia menghapuskan segala dosa."

Jabir menceritakan bahawa RasulullahSAW bersabda: "Lima kali solat setiap hari itu adalah seumpama sebuah anak sungai yang dalam mengalir di depan pintu rumah seseorang yang mandi dalamnya lima kali sehari."

Pada umumnya, air yang mengalir adalah bersih dan tidak kotor. Lebih-lebih lagi jika air di dalam sungai pasti lah airnya mengalir dan ia akan lebih jernih dan bersih.

Mandi di dalam air sebersih itu pasti akan menghilangkan segala kekotoran yang ada pada tubuh. Ia membersihkan segala kekotoran itu.

Solat yang dikerjakan dengan memelihara segala rukunnya samalah dengan air sungai iaitu ia akan membersihkan jiwa daripada segala dosa.





Rasulullah s.a.w bersabda:
 
"Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah sunat"

( H.R.Attabrani )

Rasulullah s.a.w bersabda:
 
"Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu" 

( H.R.Attabrani )





Rasulullah s.a.w bersabda:
 
"Malaikat akan berdoa untuk kamu selama kamu masih berada didalam masjid dan melakukan solat dan selama kamu tidak berhadas. Berkata Malaikat "Ya ALLAH ampunilah dia dan turunkanlah Rahmat-MU kepadanya"

( H.R.Bukhari )








Abu Zar r.a. meriwayatkan bahawa ada sekali Rasulullah SAW:

keluar dari rumahnya. pada masa itu ialah musim daun-daun gugur. Baginda SAW mengambil ranting sebatang pohon yang daun-daunya mulai gugur dengan lebatnya seraya bersabda 
:“Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH, dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohonya ini”.
( Riwayat Ahmad dengan sanad yang hasan )
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,:
”Seseorang yang melengah-lengahkan solatnya (walaupun dia menqadanya kelak) akan diazab dalam neraka selama satu huqub”.
Satu huqub adalah sama dengan lapan puluh tahun yang terdiri daripada 360 hari setahun dan satu hari di akhirat adalah sama dengan seribu tahun di dunia ini.


AZAB MENINGGALKAN SOLAT

Dosa Meninggalkan Solat Fardhu :

1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.
2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.
3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.
5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.

6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :

1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :

1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur :

1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.
3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :

1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.



Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu: “Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”.
(Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)


Kuat kan hati-hati kami ya ALLAH...

 

11 July 2011

KELAS MENGAJI AL-QURAN MADRASAH JAMIATUL FATHI





Assalamualaikum wbt 
buat warga mulimin & muslima sekalian...


Kelas mengaji Al-Quran secara percuma akan diadakan di Madrasah Jamiatul Fathi yang bertempat di :



Ground floor SIDMA College,

Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK),

SIDMA college city campus, Bundusan Commercial centre,

Jalan Bundusan, 88300, Kota Kinabalu, Sabah.


pada ketetapan berikut:


Muslimin ( dewasa ) : Rabu & Jumaat / 2.00pm-4.00pm

Muslimah ( dewasa ) : Selasa & Khamis / 2.00pm-4.00pm

Kanak-kanak : Sabtu / 9.00am-12.00pm



* Bagi yang berkeinginan untuk mengikuti kelas tetapi ada masalah waktu, penjadualan semula akan di lakukan Insya ALLAH. hanya perlu hadir pada waktu2 di atas untuk mememudahkan pihak kami menyusun jadual sebaiknya. kami akan berusaha agar semua mendapat manfaat nya Amin...


Bagi yang berminat boleh datang terus ke madrasah pada waktu yang telah dijadualkan @ menghubungi :




Lajnah Mentor PERMAI ( 2011/1432 )


Saudara Abu Saied Safwan Bin Ali ( 0198802791 )

Saudari Noradilah Binti Mohamaddia ( 0198015334 )


"BERSAMA-SAMA KITA MEMBANGUNKAN GENERASI AL-QURAN"


Jazakumullah hu khairan Kasiroh...

09 July 2011

Memori PERMAI

sebahagian daripada aktiviti PERMAI ( Program Ihya Ramadhan 2009/1430 )


Peserta Nasyid ( Kumpulan Daei'ALLAH )

Peserta Majlis Tilawah Al-Quran ( Saudara Ayub bin Hj Maidi )

02 July 2011

Kelebihan bulan Syaaban...









(Dari Kitab Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi)

1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan sya`ban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.(Al-hadis)









2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)

3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).

4. Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban.

5. Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).

6. Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).

7. Sabda Rasullullah s.a.w: Dinamakan Sya`ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Sya`ban.(Al-hadis).

8. Sabda Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan -bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas segala Qalam. Kelebihan Sya`ban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan atas segala ambia(nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis)

9. Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Sya`ban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya`ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.(Al-hadis)

10. Sabda Nabi s.a.w: Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Sya`ban maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.(Al-hadis)

11. Sabdanya lagi: Apabila pada malam Nisfu Sya`ban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadah, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala` Aku a`fiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-hadis)

12. Tersebut dalam kitab Al-berkat: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa mereka pada hari nisfu Sya`ban.

13. Tersebut di dalam kitab: Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya`ban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya, katanya: Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah ta`ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu. Angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah s.a.w pun mengankatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit. Pada pintu langit pertama malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malan ini. Pada pintu langit yang kedua, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini. Pada langit yang ketiga, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini. Pada pintu langit keempat, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini. Pada pintu langit kelima, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah subhanahuwa ta`ala pada malam ini. Pada pintu langit keenam, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini. Dan pada pintu langit yang ketujuh, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu langit yang kelapan malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibril, sampai bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima doa), Jibril menjawab: Sehingga naik fajar subuh. Dan katanya lagi: Pada malam ini dimerdekakan hamba-Nya yang mukmin lelaki perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing bani kalab (bani kalab diantara orang-orang arab yang paling banyak memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan hamba-Nya daripada neraka sebanyak bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari dunia dan malamnya. Pada malam inilah dihantarkan Allah akan jibril ke Syurga untuk menghiasi syurga.

14. Barangsiapa membaca,

(Tiada tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dia, dengan ikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang-orang kafir)

ditulis Allah baginya ibadat seribu tahun, dan dihapuskan daripadanya dosa seribu tahun, dan keluarnya dari kubur, mukanya seperti bulan purnama dan ditulis pada Allah taa`la orang benar siddiq (orang yang benar).

15. Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu sya`ban enam orang;

1) Orang yang kekal minum arak

2) Orang yang durhaka kepada ibubapa

3) Orang yang kekal dalam zina

4) Orang yang banyak berkelahi

5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta

6) Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi (Al-hadis).

16. Riwayat daripada Usman, sabda baginda Rasullullah s.a.w: Pada malam nisfu Sya`ban setelah berlaku 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka Aku taubatkan akannya, dan diampunkan bagi sekalian orang mukmin lelaki perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. (Al-hadis)

17. Sabda Nabi s.a.w: Ya A`isyah! Adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab A`isyah: Ya, aku izinkan lalu nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam nisfu Sya`ban itu, beliau sujud terlalu lama masanya, sehingga aku sangka beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, aku letakkan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka bergerak ia, gembiralah aku kerana beliau masih bernafas lagi, dan aku dengar beliau membaca di dalam sujudnya:

(Aku berlindung dengan kemaafan Engkau daripada siksa Engkau, dan aku berlindung dengan keredhaan Engkau daripada kehinaan Engkau, dan aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan yang datang daripada Engkau, aku tiada terhingga memuji Engkau sepertimana Engkau memuji diri Engkau). Nabi menyuruh A`isyah mengamalkan doa ini dalan sujud. (Al-hadis)

18. Sesiapa sembahyang pada malam nisfu Sya`ban daripada umat Muhammad s.a.w terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada nabi Isa a.s lalu Isa a.s pun berdoa kepada tuhan: "Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w".

(Nabi Isa akan diturunkan di akhir zaman untuk menegakkan syiarkan Islam menentang orang musyrikin, insyaallah).

19. Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah (berbuat amal kebajikan), iaitu malam Nisfu Sya`ban, malam Aidil Fitri pertama, malam Aidil Adha pertama, dan malam Arafah. Disambungkan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan merdeka daripada api neraka. Sesiapa sepanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang terakhir daripada Ramadhan umat Muhammad s.a.w berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari jumaat. Demikian pula disambungkan Asma Allah Al Azdhim (nama Allah yang teragung) di dalam Asmaul Husna yang amat mustajabkan doa padanya.

Amalan pada malam Nisfu Sya`ban.

Apabila telah selesai sembahyang Maghrib, hendaklah bi baca surah "Yaa Sinn" dengan niatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" pula kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" kali ketiganya pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.






Penenang Hati


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com